Ramai orang tak berapa suka di gelar Newbie, atau Beginner, tetapi ini adalah TIPS PENTING untuk yang BARU mula berkayuh (walaupun kecil-kecil dahulu sudah berkayuh)
Perkara yg perlu dielakkan dan tips untuk beginner
1. Seat terlalu rendah
Menyebabkan sakit lutut dan cepat cramp otot dibahagian peha, kerana pedal stroke xbetul.
2. Size frame yg salah.
Ianya mempengaruhi kita, untuk teruskan kayuhan, kalau kayuh sakit badàn akan membuatkan kita fed up nak kayuh… menyebabkan sakit bahu, pinggang dan
Lutut. Pastikan size basikal anda betul…..
3. Ikut trend atau Pro Cyclist
Kasut clip, basikal carbon, aksesories tambahan….brg2 ni boleh upgrade kemudian selepas kita mahir dgn bike handling….
4. Tidak buat penjagaan basikal
Tidak perlu menjadi mekanik yg pakar, hanya 6 point bike cek:
1.Angin tyre
2.Brake
3.Rim berkeadaan baik
4.Suspension
5.Headset
6.Hub & BB
5. Ikut kemampuan diri sendiri
Ramai rider yg cedera sbb ikut kawan2 yg dah lama kayuh, skills atau teknik mengambil masa bukan satu hari kayuh terus jadi PRO. Biasa rider buat warm Up sebelum kayuh…..cool down selalu lupa atau tidak buat, ianya penting! Mcm enjin yg tgh panas kita curah air sejuk, apa yg akan jadi? Sama jugak badan kita….perlukan rehat…
6. Tidak membawa tools atau tube spare
Basic tools, tyre lever, tube spare, pocket pump. Amat perlu jika kayuh didalam off road. Bila dah kene baru teringat….hehehehe
7. Tidak menggunakan gear dgn betul
Tahu bila waktu utk tukar gear ketika climbing atau downhill, salah tukar gear boleh menyebabkan rd patah atau rantai putus
8. Tidak membawa air atau power bar
Air sngt penting supaya tidak dihydrate, dan gula untuk menggantikan tenaga Yg hilang…..paling mudah bawak kurma beberapa biji dan air yg mencukupi.
9. Hormati group atau pengguna trail yg lain
Ianya utk mengelakkan perlanggaran, atau jatuh terlanggar rider lain, Pastikan masa yg dijanjikan, lihat dulu atau tanya protokol atau etika dalam Group ketika kayuh, minta bantuan dgn rider2 yg berpengalaman…..
Cukup sampai sini dulu….nanti saya sambung lagi… Mungkin ada yg saya tertinggal atau tidak tulis, boleh share atau tambah
Untuk rider2 yg lain….. atau boleh cek youtube sekolah basikal…. ade tips yg saya kongsikan….