Penting sangat ke warm up/stretching sebelum exercise?

by: Mukhlis AAzam

Kawan saya coach basikal Alan Mat Noor tanya, penting sangat ke warm up/stretching sebelum exercise?

Saya bukan expert tapi saya boleh jawab.

1. Warming up dengan stretching adalah dua perkara bebeza.

2. Warming up atau memanaskan badan adalah dengan melakukan aktiviti cardio yang ringan untuk menyediakan jantung kita (terutamanya) untuk bekerja lebih keras semasa aktiviti yang lebih berat nanti.
3. Alah, mcm panas kan enjin kereta. Agak2 kalau start enjin terus pecut semput tak kereta tu? Lagi2 kalau kereta sudah berumur. Sama macam badan kita juga. Yang muda2 mungkin xrasa sgt, tp cuba kejut ayah kita dari bangun tidur dan terus pergi pecut tangkap ayam.
4. Selain itu badan yg ‘sejuk’ boleh mengakibatkan pening dan pitam jika kita mengubah kedudukan badan secara tiba-tiba. Bayang anda terjatuh dan sebelah tu ada longkang dalam. Bayang kan kalau kepala jatuh dulu. Bayangkan masa kita jatuh ada lori tgh nak potong kita .__.

5. Jika kita perasan, kebanyakan atlet pun akan panas kan badan. Perasan tak kalau tengok bola, player simpanan lari2 anak di tepi padang sebelum di sub masuk? Memanaskan badan juga akan mengingkatkan performance badan kita berbanding dari situasi yg tidak memanaskan badan.

6. Selepas badan kita panas baru kita stretching.
7. Ini untuk merenggangkan otot dan sendi kita. Otot dan sendi yang telah di regang akan berfungsi dengan lebih baik ketika ber-aktiviti nanti.
8. Selain itu regangan boleh mengelakkan muscle cramp.

9. Berbalik kepada basikal, sebelum kita tekan, mungkin boleh main high cadence untuk memanaskan badan.

Ok cukuplah yg tak expert ni membebel, kasi abam expert jawab :
http://kevinzahri.com/health-fitness/warm-cool-siapa-tak-buat-badan-confirm-merana/

Facebook Comments
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *