BAGAIMANA GEAR BERFUNGSI?

Soalan yang biasa ditanya oleh rider yang baru nak kenal basikal, biasa nya ada 2 jenis gear, yang pertama diluar menggunakan casset dan rear deraillure dan yang kedua gear hub.

Kebanyakkan basikal menggunakan gear diluar, shifter, rd, casset, rantai. Fungsi gear ini adalah untuk membantu rider ketika kayuh menaiki bukit atau untuk menambah kelajuan.

Contoh nya, gear belakang dikedudukan yg besar kayuhan akan menjadi ringan untuk memudahkan rider memanjat bukit. Bahagian depan pula kalau gear besar kayuhan menjadi berat dan dapat menambah kelajuan.

Lagi satu soalan yang sering ditanya gear apa yang kita nak gunakan ketika mendaki?

Penggunaan gear ini bergantung kepada kekuatan kaki individu, setiap rider berbeza kekuatan kaki, jadi gear yg sesuai bergantung kepada individu sendiri.

Gear hub biasa nya digunakan pada basikal tuoring atau low rider, tetapi ade juga yang digunakan pada basikal mtb. Ianya lebih praktikal tetapi tidak mempunyai banyak pilihan gear biasanya 3 ke 8 kelajuan sahaja.

Kebanyakkan rider baru rasa susah untuk menggunakan gear sebab tidak biasa pengunaan gear yang sesuai.

Berlatih menggunakan gear pada tempat yang rata, tukar turun dan naik gear apa yang sesuai dengan kekuatan kaki anda, ianya akan membantu anda mengenali gear apa yang sesuai untuk mendaki atau turun bukit serta jalan yg rata.

20151229_163445

20151229_163438

20151229_180335

Facebook Comments
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *